“Mydin buka pasar raya besar keenam di Seremban”

Kamis, 08 September 2011

“Mydin buka pasar raya besar keenam di Seremban”


Mydin buka pasar raya besar keenam di Seremban

Posted: 08 Sep 2011 11:07 AM PDT

Mydin buka pasar raya besar keenam di Seremban

SEREMBAN 8 Sept. - Mydin Mohamed Holdings Bhd. akan membuka cawangan pasarayanya yang ke-enam, yang melibatkan pelaburan RM10 juta, di Terminal 2, di sini, pada hujung bulan depan.

Pengurus Kanan Mydin dari pejabat Kuala Lumpur, Norman Rajen Abdullah berkata, pasar raya besar itu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 400 hingga 500 orang.

"Kita akan menyewa bangunan dua tingkat di Terminal 2 yang mana tingkat bawah akan menempatkan pasar raya manakala tingkat atas menempatkan bahagian seperti pakaian, barangan elektrik, alat tulis, kraftangan dan aksesori.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program pemadanan perniagaan antara 70 usahawan industri asas tani serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih dari Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dengan Mydin anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Katanya, Mydin kini mempunyai rangkaian 90 cawangan pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan bazar di seluruh negara.

Walaupun terdapat pasar raya di bandar ini, namun beliau yakin Mydin mempunyai tarikannya yang tersendiri terutama dari segi harga barangannya yang berpatutan, selain terdapat pelbagai produk tempatan dan tradisional, katanya.

Mengenai kedai 1Malaysia, beliau berkata, Mydin merancang untuk membuka satu atau dua cawangan kedai tersebut di setiap negeri.

Katanya, Mydin kini mengendalikan tiga cawangan kedai 1Malaysia di Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah Fama Negeri Sembilan A. Rahaman Suleiman berkata, program itu bertujuan membantu para usahawan berkenaan untuk menerokai dan menembusi pasaran yang lebih meluas.

"Ia juga sebagai usaha untuk mendapatkan ruang pasaran baru bagi produk keluaran mereka, di samping ruang pasaran sedia ada dan membuka peluang penjualan secara pukal dan borong, khususnya melalui rangkaian pasar raya besar dan pasar raya Mydin di seluruh negara," katanya.

Di Negeri Sembilan, katanya kini terdapat 301 usahawan industri asas tani dan PKS yang telah didaftarkan di bawah sistem direktori usahawan (E-IAT) yang dibangunkan oleh Fama. - BERNAMA

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters featured article: A 'Malign Intellectual Subculture' - George Monbiot Smears Chomsky, Herman, Peterson, Pilger And Media Lens.

Diposkan oleh iwan di 13.12  

0 komentar:

Poskan Komentar