“KEMAS komited bangunkan prasekolah, kata Muhd Azrul”

Jumat, 11 November 2011

“KEMAS komited bangunkan prasekolah, kata Muhd Azrul”


KEMAS komited bangunkan prasekolah, kata Muhd Azrul

Posted: 10 Nov 2011 06:40 PM PST

by Florence Nervyn. Posted on November 11, 2011, Friday

Antaranya buka kelas tabika di rumah-rumah panjang

MODAL INSAN BERKUALITI: Tang (dua kanan) menyampaikan skrol kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Leena (kiri) dan Muhd Azrul (kanan).

SIBU: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) komited membuka kelas tabika di rumah-rumah panjang dalam usaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk memberikan penekanan serius dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak.

Wakil Pengarah KEMAS Negeri Muhd Azrul Aidi Philip Abdullah berkata, pembukaan Tabika KEMAS dilaksana di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk  memberikan pendidikan formal awal kanak-kanak.

"Kerajaan menerusi KEMAS komited dalam menyediakan prasarana prasekolah dengan pembukaan kelas tabika di rumah-rumah panjang sejak NKRA mula diperkenalkan pada tahun lepas," jelasnya.

Muhd Azrul berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Mini Kanak-kanak Tabika KEMAS Parlimen Lanang yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Katanya, pembukaan kelas Tabika KEMAS di peringkat rumah-rumah panjang merupakan perancangan mantap kerajaan yang ternyata memberi impak positif kepada pihak yang terlibat.

"Jika dibandingkan situasi orang dahulu yang agak sukar untuk mengikuti pendidikan formal seawal usia kanak-kanak, kanak-kanak masa kini lebih bertuah terbukti dengan usaha kerajaan menyediakan prasarana prasekolah," ujar beliau.

Muhd Azrul memberitahu, terdapat juga segelintir rumah panjang yang menolak usaha kerajaan dalam membuka kelas Tabika KEMAS di rumah panjang.

"Idea pembukaan kelas Tabika KEMAS selaras dengan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"KEMAS turut menghadapi situasi yakni terdapat juga segelintir rumah panjang yang menolak untuk membuka kelas tabika di rumah panjang mereka.

"Dengan berbuat sedemikian, kemungkinan untuk membuka kelas Tabika KEMAS di rumah panjang mereka pada masa akan datang agak sukar atau mengambil masa yang lama. Bukan mudah untuk KEMAS melaksanakannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Muhd Azrul turut menyeru jalinan kerjasama antara ibu bapa dan pemaju masyarakat KEMAS dalam usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama.

Majlis penyampaian sijil dan anugerah telah disempurnakan oleh wakil Ahli Parlimen Lanang Tang Tung King kepada 263 penerima daripada 21 kelas tabika dan tujuh kelas NKRA di Parlimen Lanang.

Turut hadir ialah Pegawai KEMAS Daerah Sibu Leena Tero, Pegawai KEMAS Daerah Selangau Nur Amalia Abdul Manan, Penyelia Kanan Parlimen Lanang Fricsilla Bangie Mujap dan pengerusi bersama Tuai Rumah Kamarau Ajat.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Diposkan oleh iwan di 13.22  

0 komentar:

Poskan Komentar