“Proton Buka Bilik Pameran Baru Di Medan”

Jumat, 25 November 2011

“Proton Buka Bilik Pameran Baru Di Medan”


Proton Buka Bilik Pameran Baru Di Medan

Posted: 25 Nov 2011 09:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Proton Edar Indonesia melancarkan bilik pameran platinum pertama di Medan, sebagai usaha untuk terus mengukuhkan kehadirannya di salah satu pasaran yang sedang berkembang di rantau ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata bilik pameran itu, yang terletak di Jl.T. Amir Hamzah No. 41-C/43 Medan 20117, telah dilancarkan pada 20 Nov, 2011 oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Syed Zainal Abidin berkata bilik pameran itu akan menjadi outlet penting memandangkan Medan mempunyai jumlah penduduk keempat terbesar di Indonesia dan pasaran terbesar selepas Jakarta dan Surabaya.

"Kami yakin bahawa bilik pameran baru ini akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami dan akan menyumbang dengan ketara kepada jualan keseluruhan di Indonesia," katanya.

Bilik pameran seluas 1,200 meter persegi itu, menempatkan lima ruang servis dan dilengkapi dengan perkhidmatan daripada penyelenggaraan biasa, baik pulih dan pembaikan am hingga servis tayar dan membaik pulih sistem penghawa dingin.

Ia juga menyediakan pasukan tindak balas kecemasan 24 jam untuk membantu pelanggan, yang pertama seumpamanya bagi perkhidmatan Proton di Indonesia.-BERNAMA

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Diposkan oleh iwan di 13.53  

0 komentar:

Poskan Komentar