“Tune Group Buka Hotel Di Thailand”

Selasa, 08 November 2011

“Tune Group Buka Hotel Di Thailand”


Tune Group Buka Hotel Di Thailand

Posted: 07 Nov 2011 09:51 PM PST

08 November, 2011 13:54 PM

Tune Group Buka Hotel Di Thailand

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Tune Group meneruskan rancangannya membuka hotel di Hatyai dan Pattaya menerusi jenama Tune Hotel, masing-masing pada bulan depan dan Februari 2012.

Keputusan itu dibuat meskipun ketidaktentuan yang berlaku di Thailand ekoran banjir yang berlaku sejak beberapa bulan lepas.

"Tune Hotel Hatyai akan dibuka pada 16 Dis manakala Tune Hotel Pattaya akan menerima tetamu pertamanya pada 17 Feb.

"Bagi membantu memulihkan keyakinan dan membawa kembali pelancong ke negara itu, Tune Hotels menjalankan promosi 10 Baht sebilik di kedua-dua hotel berkenaan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mark Lankester dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata promosi itu ditawarkan secara eksklusif secara dalam talian di www.tunehotels.com dan tempahan boleh dibuat dari 8 hingga 18 Nov.

"Pembukaan Tune Hotels di Hatyai dan Pattaya semasa tempoh yang susah ini, membuktikan usaha kami untuk menjadi peserta aktif dan penyumbang kepada ekonomi Thai, terutama dalam industri pelancongan," katanya.

Lankester berkata selain Hatyai dan Pattaya, perancangan Tune Hotels di Thailand pada 2012 meliputi Asoke di Bangkok dan Patong di Phuket.

Tune Hotels kini mengurus 10 hotel di Malaysia, dua di Bali, Indonesia dan satu di London, England.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan  
berita melalui perkhidmatan
Newswire.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Diposkan oleh iwan di 13.41  

0 komentar:

Poskan Komentar