“Buka niaga online tawar fesyen Muslimah”

Selasa, 17 Januari 2012

“Buka niaga online tawar fesyen Muslimah”


Buka niaga online tawar fesyen Muslimah

Posted: 17 Jan 2012 02:15 PM PST

Mudah cetak
E-mel

18 Jan 2012

EKONIAGA

Buka niaga online tawar fesyen Muslimah

Oleh
Atiyyah Mohd Said

WALAUPUN berhijab, Cik Sulastri Salleh dan dua adik iparnya, Cik Aishah Sheikh Ali dan Cik Aishah Haroon, tetap inginkan pakaian yang bergaya semasa ke pejabat ataupun ke acara-acara istimewa.

Namun kesukaran mendapatkan fesyen pakaian Muslimah yang menarik dan menutup aurat telah mencetuskan idea memulakan perniagaan fesyen.

Lantas dengan pelaburan lebih $10,000, mereka memulakan kedai dalam talian, Sayrah, yang menampilkan koleksi pakaian Muslimah pada harga yang berpatutan.

Perniagaan itu didaftarkan pada Mac 2011 dan dilancarkan secara rasmi pada Oktober tahun lalu.

'Kami ingin membina Sayrah bukan sahaja sebagai sebuah syarikat yang mencipta dan menghasilkan pakaian menutup aurat, malah menerapkan visi dan nilai Islam di kalangan Muslimah agar mereka bangga dan yakin semasa memakai pakaian yang menutup aurat,' kata Cik Sulastri, 35 tahun, ibu dua anak.

Dengan menggabungkan pengalaman masing-masing, ketiga-tiga wanita itu bersama-sama mengendalikan perniagaan tersebut walaupun bekerja sepenuh masa.

Cik Sulastri, yang bekerja dalam firma konsultan kejuruteraan, berkata:

'Apa yang mendorong kami untuk berniaga ialah kami percaya kaum Hawa pada hari ini harus berdikari dan bijak mencari sumber di samping mendapatkan kepuasan peribadi yang tinggi sebagai seorang peniaga.'

Menyedari hambatan sebagai peniaga baru, mereka telah memilih wadah online untuk mengendalikan perniagaan kerana ia membolehkan mereka mengimbangi komitmen pekerjaan dengan keluarga sebagaimana yang dikongsi Cik Aishah, 34 tahun yang juga ibu dua anak.

'Sebagai perniagaan start-up, kami rasa lebih mudah memulakan niaga menerusi online untuk menguji pasaran dan mendapatkan golongan pelanggan yang tepat sebelum membuka butik,' jelas beliau yang bertugas di agensi digital.

Cik Aishah, 30 tahun, pula menambah mereka juga dapat menjimatkan kos seperti sewa kedai, simpanan dan pekerja.

Beliau, yang bekerja dalam bidang latihan, menjelaskan bahawa dua cabaran utama perniagaan mereka ialah memastikan kos dan perbelanjaan yang rendah tanpa mengabaikan mutu pakaian agar dapat menawarkan harga dimampui pelanggan serta persaingan perniagaan fesyen Muslimah yang lain.

'Sebagai perniagaan baru, kami harus memupuk rasa percaya dalam diri pelanggan dengan menekankan mutu pakaian, khidmat baik, menunaikan apa yang dibeli dan dipesan pelanggan selepas membayarnya.

'Untuk memastikan hal itu, kami hanya menerima pembayaran menerusi paypal dan menghantarkan tempahan melalui pos berdaftar agar selamat diterima,' kata Cik Aishah.

Selain menjual menerusi kedai online, Sayrah juga memanfaatkan platform media lain seperti rangkaian sosial Facebook, Twitter dan blog dalam usaha mendekati lebih ramai pelanggan.

Hasilnya, penjualan melonjak 30 peratus sebulan sejak dilancarkan.

'Kami berharap akan dapat balik modal pada tahun pertama dan merancang untuk memperkenalkan lebih banyak koleksi serta menembusi pasaran antarabangsa nanti,' kata Cik Sulastri.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Donate to Wikileaks.

Diposkan oleh iwan di 15.02  

0 komentar:

Poskan Komentar