“Buka industri baru”

Minggu, 02 September 2012

“Buka industri baru”


Buka industri baru

Posted: 02 Sep 2012 12:40 PM PDT

TEMA modular atau perkongsian dikenal pasti menjadi bidang penting membabitkan pewujudan industri baru dan seterusnya berfungsi sebagai antara pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi sekitar 10 hingga 20 tahun lagi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (Might), Mohd Yusoff Sulaiman berkata, jangkaan itu diperoleh hasil kajian dilakukan Institut Pandang Jauh Nasional (NFI) iaitu landasan yang diletakkan di bawah Might untuk mengkaji dan menyelidik isu semasa yang bakal timbul pada masa depan.

"Jika kita melihat tempoh antara 10 hingga 20 tahun lagi, tema modular akan menjadi asas penting kepada penghasilan kebanyakan produk dan peranti di pasaran.

"Produk yang dicipta akan membolehkan orang ramai berkongsi tanpa mengira jenis atau syarikat pembuatnya. Malah, hari ini sudah dapat dilihat banyak produk di pasaran mengguna pakai tema ini," katanya di Kuala Lumpur.


Beliau berkata, selain modular, industri berasaskan teknologi hijau dan mobiliti dijangka turut menjadi antara tema paling penting dalam membentuk sektor baru pada masa akan datang.


"Produk dan servis akan berbentuk kepada sesuatu yang membolehkan manusia mempunyai lebih mobiliti, sekali gus tidak terlalu bergantung kepada industri sedia ada. Produk masa depan juga bertumpu kepada penggunaan teknologi hijau dan mesra alam.

"Oleh itu, adalah bijak bagi pereka dan penghasil produk menumpukan usaha untuk mencipta barangan atau perkhidmatan berasaskan ketiga-tiga tema ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03


This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Incinerating Assange - The Liberal Media Go To Work.

Diposkan oleh iwan di 13.29  

0 komentar:

Poskan Komentar