“AIM buka pasar raya koperasi di Sabah”

Minggu, 14 April 2013

“AIM buka pasar raya koperasi di Sabah”


AIM buka pasar raya koperasi di Sabah

Posted: 14 Apr 2013 12:36 PM PDT

SEMPORNA 14 April - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerusi koperasi miliknya, Koperasi Amanah Ikhtiar melancarkan pasar raya pertamanya di negara ini iaitu Pasar Raya Sahabat Ikhtiar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selain dapat membantu mening katkan taraf sosioekonomi Sahabat AIM, penubuhan pasar raya itu dilihat sebagai satu lagi pendekatan dalam mendidik masyarakat setempat untuk terlibat dengan perniagaan.

Menurutnya, usaha AIM itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat luar bandar berkecimpung dalam dunia perniagaan yang berasaskan peruncitan.

Katanya, sebanyak 123 pasar raya serupa akan dibina di seluruh negara dan bakal direalisasikan melalui hasil penyaluran geran daripada kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut.

"Penubuhan pasar raya ini yang berkonsepkan perniagaan koperasi dan menjual hasil ahlinya bersesuaian dengan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu masyarakat luar bandar bukan sahaja diberikan kemudahan infrastruktur, tetapi turut dibantu dari aspek penjanaan ekonomi diri," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis bersama Sahabat Ikhtiar dan pelancaran pasar raya milik Koperasi Sahabat Ikhtiar yang pertama di negara ini di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Amihamzah Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi AIM, Hamid Hasbullah Boestamam.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Jousting With Toothpicks - The Case For Challenging Corporate Journalism http://www.medialens.org/index.php/alerts/alert-archive/alerts-2013/719-jousting-with-toothpicks-the-case-for-challenging-corporate-journalism.html.

Diposkan oleh iwan di 14.29  

0 komentar:

Poskan Komentar