“Buka pejabat pembangunan wanita pusat”

Jumat, 02 Agustus 2013

“Buka pejabat pembangunan wanita pusat”


Buka pejabat pembangunan wanita pusat

Posted: 02 Aug 2013 11:52 AM PDT

KOTA KINABALU 2 Ogos - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewujudkan pejabat cawangan Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan di negeri ini.

Timbalan Presidennya, Nailin Gabintal berkata, kewujudan pejabat jabatan itu wajar dipertimbangkan bagi membantu meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam program pembangunan selain boleh bertindak sebagai agensi sokongan kepada usaha yang kini dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

"Kita berpendapat dengan sokongan dana yang lebih besar dari Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan, program dan aktiviti wanita akan lebih mantap dan dapat ditingkatkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nailin berkata, soal pertindihan bidang tugas tidak timbul kerana peranan kedua-dua jabatan itu saling membantu.

Katanya, cadangan Pekadin itu sejajar dengan program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menzahirkan transformasi pembangunan yang holistik.

Beliau berkata, usaha bersepadu di antara Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan dan JHEWA akan membantu merealisasikan wawasan negara terutama dalam konteks penglibatan wanita dalam pembangunan negara.

Selain itu jelasnya lagi, penubuhan jabatan itu bakal memberi manfaat kepada kaum wanita di negeri ini terutama dalam menaja projek yang dikelolakan wanita dan persatuan wanita.

"Jabatan Pembangunan Wanita Persekutuan juga boleh membantu memperbanyakkan aktiviti yang menjurus kepada usaha meningkatkan ekonomi luar bandar, membantu membiayai kos perubatan penyakit kronik ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap selain memberikan sokongan kewangan kepada usahawan wanita," ujarnya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: 'You Say What You Like, Because They Like What You Say' - http://www.medialens.org/index.php/alerts/alert-archive/alerts-2013/731-you-say-what-you-like-because-they-like-what-you-say.html

Diposkan oleh iwan di 13.27  

0 komentar:

Poskan Komentar