“Indonesia buka pasaran ekonomi”

Kamis, 07 November 2013

“Indonesia buka pasaran ekonomi”


Indonesia buka pasaran ekonomi

Posted: 07 Nov 2013 11:24 AM PST

JAKARTA 7 Nov. - Pelabur-pelabur asing berpeluang untuk meneroka banyak manfaat yang besar di Indonesia berikutan kesediaan kerajaan republik itu merancang membuka pasaran ekonominya.

Dalam usaha meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) Indonesia bersedia memperkenalkan skim baru yang membenarkan pemilikan 100 peratus kepentingan pelabur asing dalam sektor pengangkutan khususnya dalam menguruskan lapangan terbang dan pelabuhan di negara itu.

Media tempatan hari ini melaporkan, kerajaan Indonesia juga bersedia membuka pintu bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk meneroka sektor pengedaran filem dengan hak pemilikan menjangkau 49 peratus berbanding sekatan yang dikenakan sebelum ini.

Sementara pelabur-pelabur dari negara ASEAN pula bakal menikmati peluang pemilikan sebanyak 51 peratus kepentingan saham dalam sektor pengiklanan apabila pasaran ekonomi negara itu dibuka kepada orang asing.

Skim baru itu juga menyaksikan perancangan kerajaan Indonesia untuk membenarkan pelabur-pelabur asing menguasai sehingga 85 peratus kepentingan saham dalam bidang farmasuetikal berbanding 75 peratus sebelum ini.

Keputusan kerajaan untuk membuka pasaran ekonominya itu dicapai pada mesyuarat khas antara tokoh-tokoh perniagaan dengan pegawai atasan kerajaan yang diketuai Menteri Penyelarasan Bidang Ekonomi Indonesia, Hatta Rajasa semalam. - UTUSAN

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends:

Diposkan oleh iwan di 13.03  

0 komentar:

Poskan Komentar