“Rancang buka Agrobazar di Singapura”

Minggu, 03 November 2013

“Rancang buka Agrobazar di Singapura”


Rancang buka Agrobazar di Singapura

Posted: 03 Nov 2013 10:48 AM PST

JERAI 3 Nov. - Kerajaan merancang untuk memasarkan hasil produk usahawan pertanian dan industri asas tani ke luar negara dengan Agrobazar Kedai Rakyat di Singapura akan menjadi projek perintis dalam meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan tersebut juga mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut mengesyorkan agar ia disegerakan.

"Semalam saya berjumpa dengan Perdana Menteri dan beliau minta ia disegerakan. Beliau mahu produk segar daripada kampung ini dijual di negara luar seperti Singapura. Saya akan menghantar wakil kementerian ke Singapura untuk mencari lokasi yang sesuai untuk dibuka Agrobazar ini.

"Dahulu satu masalah besar untuk golongan petani memasarkan produk mereka tetapi kini mereka bukan sahaja berpeluang memasarkan produk mereka di dalam negara tetapi juga di luar negara," katanya di majlis Pelancaran Pasar Tani Sungai Limau di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tambah Ismail Sabri, kementeriannya turut merancang untuk memperluaskan rangkaian Agrobazar tersebut ke negara lain seperti Hong Kong, China dan Australia.

"Dengan peluang pasaran yang lebih banyak itu golongan terbabit mempunyai lebih banyak peluang untuk memasarkan produk mereka dan bertambahlah hasil pendapatan golongan ini. Kerajaan sentiasa fikirkan bagaimana nak tingkatkan pendapatan golongan ini.

"Kerajaan amat prihatin dengan usaha meningkatkan pendapatan golongan petani, nelayan, penternak dan peladang di negara ini melalui pelbagai iniasitif.

"Selain itu kita turut memperkasakan agensi di bawah kementerian ini supaya dapat membantu golongan tersebut seperti FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk dapat memperluaskan pasaran produk hasil pertanian," katanya.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends:

Diposkan oleh iwan di 12.06  

0 komentar:

Poskan Komentar