“McDonald's buka restoran pertama di Vietnam”

Sabtu, 08 Februari 2014

“McDonald's buka restoran pertama di Vietnam”


McDonald's buka restoran pertama di Vietnam

Posted: 08 Feb 2014 11:13 AM PST

DUNIA

McDonald's buka restoran pertama di Vietnam

BANDAR RAYA HO CHI MINH - Empat dekad selepas Perang Vietnam tamat, gergasi makanan segera Amerika Syarikat (AS), McDonald's membuka restoran pertamanya di negara itu semalam.

Ketibaan McDonald's di bandar raya ini yang dahulu dikenali sebagai Saigon merupakan hasil usaha sama dengan menantu lelaki Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.

Rangkaian restoran makanan segera AS itu menyasarkan golongan kelas pertengahan Vietnam yang semakin meningkat sebagai pelanggan utamanya.

Sebelum ini, beberapa pesaing McDonald's seperti Burger King, KFC dan Starbucks telah membuka premis masing-masing di negara berkenaan.

Setakat semalam beratus-ratus orang dengan kebanyakannya pelajar atau keluarga yang membawa anak masing-masing beratur di restoran McDonald's di jalan Dien Bien Phu di sini untuk merasa pelbagai hidangan baharu itu.

"Saya gemar makanan segera, saya tidak suka makanan Vietnam yang kebanyakannya mengandungi sos ikan," kata seorang pelanggan, Nguyen Hoang Long yang membeli hidangan Big Mac.

"Di Vietnam, McDonald's dianggap sebagai tempat makan mewah tetapi di AS, ia hanya restoran biasa," tambahnya.

Hidangan Big Mac berharga kira-kira AS$2.85 (RM9.50) di restoran McDonald's di sini manakala semangkuk mi sup pula dijual pada harga sekitar AS$1.50 (RM4.90). Vietnam yang mempunyai 90 juta penduduk dengan purata pendapatan per kapita lebih AS$1,500 (RM4,984) kini menarik minat perniagaan francais dari AS. - AFP

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Diposkan oleh iwan di 13.24  

0 komentar:

Poskan Komentar