“Bank Rakyat buka cawangan ke-145 di Labis”

Rabu, 05 Maret 2014

“Bank Rakyat buka cawangan ke-145 di Labis”


Bank Rakyat buka cawangan ke-145 di Labis

Posted: 05 Mar 2014 11:53 AM PST

LABIS 5 Mac - Bank Rakyat membuka cawangannya yang ke-145 di Lot 4A dan 4B, Jalan Segamat, di sini dan merupakan premis ke-15 di negeri ini.

Presiden Kanan Rangkaian Cawangan Bank Rakyat, Mohd. Syahril Isa berkata, pembukaan cawangan itu merupakan usaha pihaknya memudahkan orang ramai berurusan serta mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

"Di samping itu, kami juga ingin merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perniagaan di kawasan ini yang dilihat berpotensi untuk pergi jauh dan dimajukan.

"Sempena pembukaan cawangan ini, kami turut menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM5,000 kepada Surau Al-Islah dan sumbangan kepada beberapa buah sekolah di sekitar Labis," katanya semasa merasmikan cawangan berkenaan kelmarin.

Yang turut hadir, Naib Presiden Bank Rakyat Wilayah Empat (Johor dan Melaka), Azman Abdul Aziz dan Pengurus Cawangan Bank Rakyat Labis, Mohd. Azam Misrom.

Mohd. Syahril berkata, penduduk Labis boleh menikmati kemudahan perbankan Islam serba lengkap di cawangan tersebut, antaranya pembiayaan peribadi-i, pembiayaan perumahan-i, pajak gadai-i Ar-Rahnu/Az-Zahab, kad kredit-i dan kad debit-i.

Masyarakat juga boleh menikmati kemudahan perbankan elektronik seperti mesin wang automatik (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan perbankan internet i-Rakyat.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Diposkan oleh iwan di 13.16  

0 komentar:

Poskan Komentar