“Indonesia setuju buka laluan udara bantu SAR MH370”

Senin, 31 Maret 2014

“Indonesia setuju buka laluan udara bantu SAR MH370”


Indonesia setuju buka laluan udara bantu SAR MH370

Posted: 31 Mar 2014 04:56 AM PDT

  • mh 370

KUALA LUMPUR - Kerajaan Indonesia berbesar hati untuk membuka laluan udara kepada sembilan negara yang mahu membantu kerajaan Malaysia dalam mencari MH370.

Menerusi satu sidang  media yang diadakan di sini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk memberikan laluan udara bagi pesawat yang menyertai misi carian MH370 di Laut Hindi.

"Kerajaan Indonesia memahami tahap ekstrem yang dilalui oleh semua pihak dalam usaha mengesan MH370,"

"Oleh itu, pihak kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk memberi perlepasan laluan udara bagi sembilan buah negara untuk menerbangkan pesawat mereka melalui Indonesia ke Laut Hindi," katanya.

Tambahnya lagi, kerjasama yang diberikan oleh pihak Indonesia telah memudahkan lagi proses pencarian pesawat terbabit.

"Pihak kerajaan mengucapkan terima kasih ke atas simpati dan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Indonesia, ini akan mempercepatkan lagi usaha mengesan pesawat MH370," katanya lagi.

Sehingga kini, beberapa negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Australia, New Zealand,China dan Malaysia telah menjejak MH370 di lokasi yang telah dikenal pasti di Laut Hindi.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Diposkan oleh iwan di 13.30  

0 komentar:

Poskan Komentar