“Tajikistan berminat buka kedutaan di Putrajaya kukuh talian diplomatik”

Selasa, 24 Juni 2014

“Tajikistan berminat buka kedutaan di Putrajaya kukuh talian diplomatik”


Tajikistan berminat buka kedutaan di Putrajaya kukuh talian diplomatik

Posted: 24 Jun 2014 12:14 PM PDT

PUTRAJAYA 24 Jun - Republik Tajikistan berminat membuka kedutaan di Putrajaya yang dilihat sebagai usaha untuk memperkukuh talian diplomatik sejak negara itu mengadakan hubungan dua hala dengan Malaysia sejak 1992.

Perkembangan terbaharu itu merupakan hasil susulan pertemuan antara Presiden Tajikistan, Emomali Sharipovich Rahmon bersama-sama Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat di Kompleks PPj di sini hari ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama 15 minit itu, delegasi Republik Tajikistan yang diketuai Emomali Sharipovich menerima tawaran daripada PPj berhubung pembelian tanah di Presint 4 untuk tujuan pembukaan premis kedutaan tersebut.

Selepas pertemuan berlangsung, Emomali Sharipovich bersama Aseh bergegas meninjau cadangan tapak kedutaan Tajikistan sebelum meneruskan agenda lawatan hari keempat di negara ini dengan melawat Universiti Limkokwing, Cyberjaya.

Yang turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Naib Presiden Kanan PPj, Datuk Muhamad Haitamin Ishak.

Emomali Sharipovich yang diiringi isteri, Azizahmoh Rahmon melakukan lawatan negara ke Malaysia selama empat hari sejak Ahad lalu atas jemputan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Yang turut serta Menteri Luarnya, Aslov Sirodjidin; Menteri Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan, Rahimzoda Sharif; Menteri Pendidikan dan Sains, Said Nuriddin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan Tajikistan.

Malaysia dan Tajikistan semalam menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) merangkumi bidang pendidikan, kebudayaan, ekonomi, sains dan teknologi, pelancongan, sukan serta keselamatan sosial.

This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers.

Diposkan oleh iwan di 13.09  

0 komentar:

Poskan Komentar